Thursday, January 24, 2013

Pelantikan Pengawas Tahun 2013

Pada 21 Januari 2013, satu program Pelantikan Pengawas telah diadakan.Majlis Pelantikan ini mengabungkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT dan Ketua Darjah dan Penolong.Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada murid-murid yang dilantik dalam menjalankan tugas masing-masing

Majlis ini dimulakan pada jam 1.20 petang.Majlis ini dirasmikan oleh NYDP PIBG, En mohd Fouzi b Hj Mohd Radzi.

Barisan Pentadbir Sekolah dan NYDP PIBG.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkhairi b Bidin
Ucapan Guru Besar, Pn Norzan bt Hj Din
Ucapan Perasmian oleh NYDP PIBG, En Mohd Fouzi b Hj Mohd Radzi
Majlis dimulakan dengan pelantikan Ketua Darjah dan Penolong
Bacaan Ikrar oleh Ketua Darjah dan Penolong
Pelantikan Pengawas SPBT 
Bacaan Ikrar oleh Pengawas SPBT
Pelantikan Pengawas PSS
Bacaan Ikrar oleh Pengawas PSS
Pelantikan Pengawas Sekolah
Bacaan Ikrar oleh Pengawas Sekolah
Penyampaian Cenderahati kepada NYDP PIBG
Pengawas Sekolah Tahun 2013
Pengawas SPBT Tahun 2013
Pengawas PSS Tahun 2013
Ketua Darjah dan Penolong Tahun 2013

Mesyuarat AJK Induk, AJK Kerja dan AJK NILAM

Pada 14 Januari 2013, mesyuarat pertama bagi AJK Induk , AJK Kerja dan AJK NILAM telah diadakan.Mesyuarat ini diadakan untuk membentangkan perancangan PSS aktiviti bagi Tahun 2013 dan perkara-perkara yang berkaiatan bagi menambahbaik PSS bagi tahun 2013.Terima kasih diucapkan pada semua AJK yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.

Pelancaran Program NILAM Tahun 2013

Pada 14 Januari 2013, Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah bagi Tahun 2013 telah dijalankan.Program ini diadakan pada setiap tahun untuk mempromosikan Program NILAM kepada murid-murid dan meningkatkan kadar bacaan buku murid.

Bagi tahun ini 2 program telah diperkenalkan iatitu Pohon NILAM Ajaib dan Ganjaran Hikmat.Pohon NILAM Ajaib ini dijalankan mengikut kadar pinjaman buku murid di mana setiap buku yang dipinjam oleh murid akan diberi satu daun yang dicatakan nama murid dan buku yang dipinjam.Daun-daun ini akan memenuhi pohon kelas-kelas masing-masing.Di sini murid-murid akan berlumba-lumba untuk meminjam buku untuk memenuhi pohon kelas masing-masing.

Manakala bagi Ganjaran Hikmat pula, setiap murid akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM 25 sekiranya dapat membaca sebanyak 250 buah buku.Duit ini akan diberi lagi sekiranya murid-murid menambah lagi bacaan sebanyak 250 buah buku. Di harapkan program yang dirangka ini dapat menarik minat minat murid justeru meningkatkan bilangan bacaan murid.

Taklimat daripada GPM merangkap Pengerusi Majlis.
Taklimat daripada Penyelaras NILAM , Pn Nor Haslina bt Zulkipli
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKPT 2, Pn Norzan bt Hj Din
Upacara Perasmian yang disempurnakan oleh Guru Besar SKPT 2 , Pn Norzan bt Hj Din
Persembahan Sajak oleh adik Fadli Mashuri dan adik Yasmeen Nuraisyah

Pada hari tersebut sekolah dikujungi oleh wakil daripada Perpustakaan Negara Malaysia sempena Kempen Keahlian Percuma.Kempen ini ditujukan pada semua murid sekolah dimana mereka perlu menyediakan salinan sijil lahir sahaja.
Wakil daripada PNM
Banner dari PNM
Taklimat dari wakil PNM, Pn Suhaili.
Penyampaian Cenderahati

1 Jam Bersama PSS

          Pada 3 Januari 2013, aktiviti pertama PSS bagi tahun 2013 telah dijalankan iaitu "1 Jam Bersama PSS ".Program ini adalah orientasi bagi murid-murid Tahun 1.Tahun ini murid Tahun 1 ialah seramai 18 orang sahaja yang terdiri daripada 1 kelas sahaja.

          Program dimulakan pada jam 4.00 petang.Murid-murid diberi taklimat oleh GPM mengenai PSS beserta dengan undang-undang PSS dan Bilik Media.Taklimat dimulakan dengan tayangan video Upin dan Ipin kemudian diikuti dengan ruang-ruang di PSS dan bilik media.Taklimat diteruskan dengan undang-undang penggunaan PSS.



Program diteruskan dengan lawatan murid-murid ke PSS dan Bilik Media.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan pamplet kepada murid-murid Tahun 1.