Tuesday, May 21, 2013

Hari Guru Tahun 2013

Hinggap kenari di atas dahan,
               Kiambang bertaut lagi menyerikan,
    1 Aspirasi 1 Agenda jadi taruhan,
           Sambutan Hari Guru kita raikan.

Sungguh mulia hatimu cikgu,
       Mendidik murid tanpa jemu,
              Terima kasih di atas segala jasamu itu,
                      Akan tetap terpahat kukuh di dadaku .

" Selamat Hari Guru "



Thursday, April 18, 2013

Gosip buku baru

Setiap hari Rabu akan diadakan PSS On Air....
Pengawas PSS akan bergosip mengenai buku-buku yang ada di PSS.Minggu ini dimulai dengan Ketua Pengawas PSS adik Fadli b Mashuri.



Monday, April 15, 2013

LDP 1

Diadakan pada 13 April 2013 yang lalu di Bilik Mesyuarat SKPT 2 yang dihadiri oleh semua guru.







Monday, February 25, 2013

Deko- deko PSS

Setiap susun atur dan hiasan deko dalaman PSS memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid untuk berkunjung ke PSS selain daripada perancangan aktiviti yang menarik. Susun atur ini perlulah meliputi ruang-ruang yang perlu ada di dalam sesebuah PSS

Papan Tanda di luar bilik PSS

Rak kasut di bahagian luar bilik PSS

Kaunter Sirkulasi

Carta Organisasi

Mini Galeri
Ruang OPAC Sistem

Ruang Rujukan

Ruang Guru


Ruang Bacaan

Bilik Kerja

Pengawas PSS Tahun 2013

Pengawas PSS adalah tulang belakang dalam menggerakkan sesebuah PSS. Di samping membantu guru dalam melancarkan perjalanan PSS, Pengawas PSS juga adalah mata dan telinga guru dalam pembangunan sesebuah PSS.

Pengawas yang dilantik terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 3,4,5 dan 6.Kriteria pengawas yang dilantik adalah berdasarkan keputusan akademik dan juga ketrampilan pelajar tersebut.




Wednesday, February 13, 2013

Kuntum Nov-Dis 2012

SK Padang Tembak 2 telah didatangi oleh Si Comel dari majalah Kuntum pada tahun lepas.






Monday, February 4, 2013

Pohon Nilam Ajaib

Pohon Nilam Ajaib adalah salah satu aktiviti galakkan membaca yang dirangka supaya dapat menarik minat murid untuk lebih banyak membaca buku.



Setiap murid yang meminjam buku akan layak mendapat sekeping daun dan daun tersebut akan dimasukkan dalam Peti Nilam Ajaib untuk melayakkan murid menyertai aktiviti cabutan pengunjung bertuah.



Setiap tahun akan memiliki warna daun yang berbeza.



Peminjam buku dalam bulan Januari.

Diharapkan aktiviti ini dapat meningkatkan bilangan bacaan murid dan memenangi Anugerah Nilam diperingkat yang lebih tinggi.

Pengunjung Bertuah Bulan Januari

Pada hari ini, cabutan pengunjung bertuah bagi bulan Januari telah diadakan.Seramai 3 orang pemenang akan dipilih.

Semua murid layak memasuki cabutan ini sekiranya mereka meminjam buku di PSS dan satu daun pohon Nilam Ajaib akan diberikan.


Guru Besar, Pn Norzan bt Hj Din membuat cabutan untuk memilih pemenang.


Tempat ketiga dimenangi oleh adik Ain Sofena dari kelas 6 Arif.


Tempat kedua dimenangi oleh adik Shafik Irfan dari kelas 2 Arif.


Tempat pertama dimenangi oleh adik Nurul Rusydina dari kelas 3 Arif

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Thursday, January 24, 2013

Pelantikan Pengawas Tahun 2013

Pada 21 Januari 2013, satu program Pelantikan Pengawas telah diadakan.Majlis Pelantikan ini mengabungkan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas SPBT dan Ketua Darjah dan Penolong.Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada murid-murid yang dilantik dalam menjalankan tugas masing-masing

Majlis ini dimulakan pada jam 1.20 petang.Majlis ini dirasmikan oleh NYDP PIBG, En mohd Fouzi b Hj Mohd Radzi.

Barisan Pentadbir Sekolah dan NYDP PIBG.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulkhairi b Bidin
Ucapan Guru Besar, Pn Norzan bt Hj Din
Ucapan Perasmian oleh NYDP PIBG, En Mohd Fouzi b Hj Mohd Radzi
Majlis dimulakan dengan pelantikan Ketua Darjah dan Penolong
Bacaan Ikrar oleh Ketua Darjah dan Penolong
Pelantikan Pengawas SPBT 
Bacaan Ikrar oleh Pengawas SPBT
Pelantikan Pengawas PSS
Bacaan Ikrar oleh Pengawas PSS
Pelantikan Pengawas Sekolah
Bacaan Ikrar oleh Pengawas Sekolah
Penyampaian Cenderahati kepada NYDP PIBG
Pengawas Sekolah Tahun 2013
Pengawas SPBT Tahun 2013
Pengawas PSS Tahun 2013
Ketua Darjah dan Penolong Tahun 2013