Thursday, January 24, 2013

Pelancaran Program NILAM Tahun 2013

Pada 14 Januari 2013, Majlis Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah bagi Tahun 2013 telah dijalankan.Program ini diadakan pada setiap tahun untuk mempromosikan Program NILAM kepada murid-murid dan meningkatkan kadar bacaan buku murid.

Bagi tahun ini 2 program telah diperkenalkan iatitu Pohon NILAM Ajaib dan Ganjaran Hikmat.Pohon NILAM Ajaib ini dijalankan mengikut kadar pinjaman buku murid di mana setiap buku yang dipinjam oleh murid akan diberi satu daun yang dicatakan nama murid dan buku yang dipinjam.Daun-daun ini akan memenuhi pohon kelas-kelas masing-masing.Di sini murid-murid akan berlumba-lumba untuk meminjam buku untuk memenuhi pohon kelas masing-masing.

Manakala bagi Ganjaran Hikmat pula, setiap murid akan berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM 25 sekiranya dapat membaca sebanyak 250 buah buku.Duit ini akan diberi lagi sekiranya murid-murid menambah lagi bacaan sebanyak 250 buah buku. Di harapkan program yang dirangka ini dapat menarik minat minat murid justeru meningkatkan bilangan bacaan murid.

Taklimat daripada GPM merangkap Pengerusi Majlis.
Taklimat daripada Penyelaras NILAM , Pn Nor Haslina bt Zulkipli
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKPT 2, Pn Norzan bt Hj Din
Upacara Perasmian yang disempurnakan oleh Guru Besar SKPT 2 , Pn Norzan bt Hj Din
Persembahan Sajak oleh adik Fadli Mashuri dan adik Yasmeen Nuraisyah

Pada hari tersebut sekolah dikujungi oleh wakil daripada Perpustakaan Negara Malaysia sempena Kempen Keahlian Percuma.Kempen ini ditujukan pada semua murid sekolah dimana mereka perlu menyediakan salinan sijil lahir sahaja.
Wakil daripada PNM
Banner dari PNM
Taklimat dari wakil PNM, Pn Suhaili.
Penyampaian Cenderahati

No comments:

Post a Comment