Setiap susun atur dan hiasan deko dalaman PSS memainkan peranan yang penting dalam menarik minat murid untuk berkunjung ke PSS selain daripada perancangan aktiviti yang menarik. Susun atur ini perlulah meliputi ruang-ruang yang perlu ada di dalam sesebuah PSS
Pengawas PSS adalah tulang belakang dalam menggerakkan sesebuah PSS. Di samping membantu guru dalam melancarkan perjalanan PSS, Pengawas PSS juga adalah mata dan telinga guru dalam pembangunan sesebuah PSS.
Pengawas yang dilantik terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 3,4,5 dan 6.Kriteria pengawas yang dilantik adalah berdasarkan keputusan akademik dan juga ketrampilan pelajar tersebut.
Pohon Nilam Ajaib adalah salah satu aktiviti galakkan membaca yang dirangka supaya dapat menarik minat murid untuk lebih banyak membaca buku.
Setiap murid yang meminjam buku akan layak mendapat sekeping daun dan daun tersebut akan dimasukkan dalam Peti Nilam Ajaib untuk melayakkan murid menyertai aktiviti cabutan pengunjung bertuah.
Setiap tahun akan memiliki warna daun yang berbeza.
Peminjam buku dalam bulan Januari.
Diharapkan aktiviti ini dapat meningkatkan bilangan bacaan murid dan memenangi Anugerah Nilam diperingkat yang lebih tinggi.