Saturday, January 28, 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM 2012

Majlis ini diadakan pada 16 Januari 2012 yang dirasmikan oleh Pn Rozitah bt Samsuddin , GPK Tadbir & Kurikulum SKPT 2. Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan diikuti dengan penerangan oleh Penyelaras Program NILAM Pn Nor Haslina bt Zulkifli.Seterusnya ucapan perasmian dan upacara perasmian.Persembahan murid Tahun 6 yang melagukan sebuah syair yang dipimpin oleh Pn Rohani, Pn Mastura dan En Shukri.Persembahan ini juga untuk menyelitkan agenda MBMMBI di kalangan murid-murid.

 

 

 

Program " 1 Jam Bersama PSS "

Program ini dikhaskan kepada murid-murid Tahun 1 , 2012. Murid-murid diberi penerangan mengenai PSS dan Bilik Media.Program ini telah dijalankan pada 5 Januari 2012 pada jam 4.00 petang.






Perancangan Aktiviti Tahunan 2012 & Perancangan Program NILAM 2012

Perancangan Aktiviti telah disiapkan..Tahun ni lebih kurang ada 45 aktiviti.Kalau tengok pada angka memang banyak tapi banyak aktiviti yang sama seperti tahun lepas cuma ada sedikit penambahan aktiviti seperti orientasi pengawas PSS ,pengunjung bertuah,pokok nilam ajaib dan buletin PSS.Insyallah dengan izinNya harap dapat dijalankan mengikut kemampuan demi untuk kebaikan anak-anak didik SKPT 2.


Wednesday, January 18, 2012

Tahun 2012......

Tahun baru dah bermula. Beberapa program telah di jalankan cuma belum update lagi.Insyallah dalam waktu terdekat program-program akan di updatekan.Tahun baru lembaran baru..

" Buku adalah sahabat yang terbaik.Berdampinglah dengan buku.Bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan makrifah ( pengetahuan ) "