Tuesday, April 3, 2012
Kelas Tambahan Tahun 6
Pada setiap hari Sabtu , SKPT 2 menganjurkan kelas tambahan bagi murid-murid Tahun 6.Kelas Tambahan ini diadakan bagi matapelajaran UPSR iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kehadiran murid-murid juga agak menggalakkan.
Motivasi Tahun 6
Pada 3 April 2012 dengan hari Selasa, satu program motivasi telah diadakan bagi murid-murid Tahun 6.Program ini di adakan di Makmal Komputer.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan semangat kepada murid-murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
Motivasi ini diberikan oleh En Roslan Faizee Ameerdeen daripada Success Revolution Training Centre
Terima Kasih diucapkan kepada Motivator En Roslan di atas motivasi yang diberikan kepada murid-murid.Semoga murid-murid Tahun 6 SKPT 2 akan mengambil iktibar daripada cerama yang diberi.
Monday, April 2, 2012
Pelancaran Bulan Aktiviti dan Kempen Salam & Senyum
Pada 2 April 2012,bersamaan hari Isnin telah dilancarkan Bulan Aktiviti dan Kempen Salam & Senyum.Bulan Aktiviti di dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Seni Visual,Panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Panitia Kemahiran Hidup.Kempen Salam & Senyum dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah Unit HEM.Pelbagai aktiviti telah dirancang sebagai pengisian program ini.
Ucapan Pengerusi Majlis, En Zurazni b Suhaimi.Ucapan Penyelaras Bulan Kreativiti , Pn Yanti bt Isa dan Ucapan Penyelaras Kempen Salam dan Senyum, En Zulkhairi b Bidin
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKPT 2 , Pn Norzan bt Hj Din
Upacara Perasmian yang disempurnakan oleh Guru Besar SKPT 2 , Pn Norzan bt Hj Din dan GPK T&K Pn Rozitah bt Samsudin
Persembahan Murid
Sunday, April 1, 2012
LDP 1
Pada 31 Mac 2012 bersamaan dengan hari Sabtu , LDP 1 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SKPT 2. LDP kali ini menjurus kepada teknik penadaan kertas UPSR. LDP di mulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
Teknik penandaan kertas 1 dan 2 Bahasa Melayu di berikan oleh Pn Rohani bt Kassim
Teknik Penandaan kertas Sains diberikan oleh Pn Noormi bt Yob
Teknik penadaan kertas Matematik diberikan oleh En Azman b Ali @ Daud
LDP 1 ini telah dihadiri oleh semua guru SKPT 2.
Friday, March 30, 2012
Orientasi Pengawas PSS
Pada 2 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, PSS SKPT 2 telah menganjurkan satu program Orientasi Pengawas PSS. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas-pengawas yang baru dilantik dan memperkukuhkan lagi tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas PSS. Program ini diadakan pada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang di PSS SKPT 2.
Seramai 27 orang Pengawas PSS telah hadir mengikuti kursus ini dan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan telah diberi tugasan dan bentangkan tugasan yang diberi.
Seramai 27 orang Pengawas PSS telah hadir mengikuti kursus ini dan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan telah diberi tugasan dan bentangkan tugasan yang diberi.
Setiap kumpulan memberikan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan.
Peserta lelaki dan perempuan paling sporting
Subscribe to:
Posts (Atom)

















