Pada 29 Mac 2012 ,satu perlawanan persahabatan bola jaring telah diadakan di sekolah.SK Padang Tembak 2 vs SK Padang Tembak 1 dan SK Padang Tembak 2 vs SK Polis Depot.
Keputusan perlawanan :
SK Padang Tembak 2 vs SK Padang Tembak 1 - 11- 4
SK Padang Tembak 2 vs SK Polis Depot - 11 - 2
Friday, March 30, 2012
Kem Bestari Solat 1
Cara-cara solat yang betul ditunjukkan oleh Ustaz Sobri kepada murid-murid
Program diakhiri dengan latihan praktikal solat di surau SKPT 2.
Program diakhiri dengan latihan praktikal solat di surau SKPT 2.
Sunday, March 25, 2012
Latihan Kebakaran
Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 23 Mac 2012 bersamaan hari Jumaat jam 5.00 petang.Latihan ini dikendalikan oleh Unit HEM. Latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan yang sebenar.
Semua murid telah selamat berkumpul di padang sekolah dan guru kelas mengira bilangan murid yang hadir.
Taklimat dan maklum balas daripada Cikgu Hafiz di mana murid-murid berjaya berkumpul kurang daripada 3 minit.Sesi latihan ini dijalankan dengan jayanya oleh guru-guru dan murid-murid SKPT 2.
Friday, March 9, 2012
Cuti Persekolahan Penggal Pertama
Sekolah akan bercuti dari 10 Mac 2012 hingga 18 Mac 2012.Semua aktiviti sekolah berehat seketika.
Monday, February 20, 2012
Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2012
Majlis ini telah diadakan pada hari Selasa bersamaan dengan 31 Januari 2012.Majlis ini diadakan bersama-sama dengan Pengawas Sekolah,Pengawas SPBT dan ketua dan penolong ketua kelas.Alhamdulilah majlis berjalan lancar dan seperti yang telah dirancangkan. Pengawas PSS adalah salah satu tulang belakang Pusat Sumber Sekolah di mana Pengawas-pengawas ini banyak membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber.Diharapkan semua pengawas dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan dapat memikul tanggungjawab yang telah dijanjikan semasa ikrar dilafazkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)







