Friday, March 30, 2012

Orientasi Pengawas PSS

Pada 2 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, PSS SKPT 2 telah menganjurkan satu program Orientasi Pengawas PSS. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas-pengawas yang baru dilantik dan memperkukuhkan lagi tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas PSS. Program ini diadakan pada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang di PSS SKPT 2.


Seramai 27 orang Pengawas PSS telah hadir mengikuti kursus ini dan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan telah diberi tugasan dan bentangkan tugasan yang diberi.



Setiap kumpulan memberikan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan berkumpulan.

Peserta lelaki dan perempuan paling sporting

Kenangan Terindah...

Pada 30 Mac 2012 satu Majlis Perpisahan telah di adakan bagi 3 orang guru SK Padang Tembak 2 yang akan bertukar ke sekolah lain.Pn Suhaili bt Yusof , Guru Pendidikan Islam akan bertukar ke SK Jalan Gurney 1,En Shukri b Abd Manaf, Guru Bahasa Melayu akan bertukar ke SK Setiawangsa dan En Hafiz b Miswan , Guru Bahasa Inggeris akan bertukar ke SK Sri Rampai.


Segala suka duka bersama warga SK Padang Tembak 2 hanya tinggal sebagai kenangan yang akan tetap terpahat di dalam hati.



Murid-murid bersalam-salaman untuk kali yang terakhir dengan guru-guru kesayangan mereka.Jauh di mata tetapi dekat di hati.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi...

Netball Friendly Match

Pada 29 Mac 2012 ,satu perlawanan persahabatan bola jaring telah diadakan di sekolah.SK Padang Tembak 2 vs SK Padang Tembak 1 dan SK Padang Tembak 2 vs SK Polis Depot.

Keputusan perlawanan :

 SK Padang Tembak 2 vs SK Padang Tembak 1 - 11- 4
 SK Padang Tembak 2 vs SK Polis Depot - 11 - 2

Kem Bestari Solat 1


Pada 24 Mac 2012 bersamaan dengan hari Sabtu , Kem Bestari Solat 1 telah diadakan di sekolah bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.. Semua murid Islam terlibat dalam kem ini. Kem ini diadakan bertujuan untuk mendidik generasi muda dalam mendirikan solat yang betul.Kem ini sangat penting dalam pembentukan rohani generasi hari ini dalam mendidik jiwa mereka untuk cintakan solat.

Cara-cara solat yang betul ditunjukkan oleh Ustaz Sobri kepada murid-murid
Program diakhiri dengan latihan praktikal solat di surau SKPT 2.




Sunday, March 25, 2012

Latihan Kebakaran

Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 23 Mac 2012 bersamaan hari Jumaat jam 5.00 petang.Latihan ini dikendalikan oleh Unit HEM. Latihan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau kecemasan yang sebenar.

Semua murid telah selamat berkumpul di padang sekolah dan guru kelas mengira bilangan murid yang hadir.

Taklimat dan maklum balas daripada Cikgu Hafiz di mana murid-murid berjaya berkumpul kurang daripada 3 minit.Sesi latihan ini dijalankan dengan jayanya oleh guru-guru dan murid-murid SKPT 2.



Friday, March 9, 2012

Cuti Persekolahan Penggal Pertama

Sekolah akan bercuti dari 10 Mac 2012 hingga 18 Mac 2012.Semua aktiviti sekolah berehat seketika.